Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Itali sebagai pintu masuk ke EU: Peluang baharu dalam hubungan Malaysia-Eropah - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Itali sebagai pintu masuk ke EU: Peluang baharu dalam hubungan Malaysia-Eropah

Itali sebagai pintu masuk ke EU: Peluang baharu dalam hubungan Malaysia-Eropah

Lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Itali bukan sahaja menandakan langkah diplomatik penting dalam memperkukuh hubungan bilateral, malah membuka ruang strategik untuk Malaysia meneroka peluang lebih luas dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU).

Atas jemputan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, lawatan tiga hari dari 1 hingga 3 Julai ini memberi fokus utama kepada kerjasama ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga, sekaligus menegaskan peranan Itali sebagai salah satu ‘pintu masuk’ Malaysia ke blok Eropah dalam usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Wisma Putra, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Meloni di Istana Chigi, Rom pada 3 Julai.

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Timur Tengah.

“Perdana Menteri juga akan menggariskan keutamaan Malaysia semasa Kepengerusian ASEAN 2025 serta usaha ASEAN dalam mendepani cabaran serantau dan global,” katanya.

Wisma Putra memaklumkan pada 2 Julai, Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang akan dihadiri pemimpin industri kedua-dua negara bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala.

Selain itu, Anwar dijadual menghadiri perjumpaan bersama pemimpin komuniti Islam di Itali dan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.

Hubungan antara Malaysia dan Itali yang terjalin sekian lama adalah kukuh dan saling menguntungkan didukung oleh pertumbuhan perdagangan serta pelaburan yang berterusan selain kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Tahun lepas, jumlah dagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus kepada RM14.61 bilion (AS$3.18 bilion) berbanding 2023 manakala bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah dagangan terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.50 bilion (AS$1.48 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2024.

Itali merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut bagi tahun 2024.

Selepas Itali, Perdana Menteri dijadual ke Perancis bagi lawatan rasmi selama dua hari bermula 3 Julai.-1/7/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *