Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
PM Anwar jumpa Presiden Afrika Selatan di Brazil… - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / PM Anwar jumpa Presiden Afrika Selatan di Brazil…

PM Anwar jumpa Presiden Afrika Selatan di Brazil…

Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil membolehkan kerjasama sedia ada diperkukuh.

Dalam sela masa lawatan kerja tersebut, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Presiden Republik Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.

Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk merangka langkah memperluas pelaburan strategik. Antara bidang yang dicadang seperti sektor pertanian, automotif, pelancongan dan halal.

Dalam pada itu, Malaysia turut menzahirkan penghargaan atas sokongan tegas Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat Palestin, termasuk usaha gigih mereka di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Malaysia juga komited mempererat hubungan dengan Afrika Selatan sebagai rakan dagang utama di benua Afrika.

Ia selari dengan semangat solidariti Selatan-Selatan dan kerjasama MADANI merentas benua.

Perdana Menteri turut mengundang Presiden Ramaphosa untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini, selain mengucapkan penghargaan atas undangan kepada Malaysia untuk menghadiri Sidang G20 di Afrika Selatan, pada November.-7/7/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *