Tuesday - 8, July 2025

Tarif import barangan Malaysia ke Amerika 25 peratus…

Share

Ingatkan tempoh penangguhan selama 90 hari perlaksanaan tarif import barangan Malaysia Amerika boleh bagi sinar kearah usaha mengurangkannya.

Sebaliknya Trumph tetap Trumph.

Presiden Amerika itu sebaliknya menaikan lagi kadarnya yang sebelum penangguhan ditetapkan 24 peratus kepada Malaysia menjadikannya kini 25 peratus.

Tarif itu mula berkuatkuasa pada 1 Ogos ini.

Sebagai perbandingan Afrika Selatan dan Bosnia & Herzegovina kena 30 peratus, Serbia dan Bangladesh 35 peratus, Kemboja dan Thailand 36 peratus Laos dan Myanmar setinggi 40 peratus.

Beberapa negara lain yang dikenakan tarif 25 peratus sama seperti Malaysia ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia dan Kazakhstan.

“Bermula 1 Ogos, semua import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus,” kata Trump dalam surat rasmi yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Trump berkata langkah itu perlu diambil untuk ‘melindungi industri tempatan Amerika Syarikat’ daripada apa yang beliau sifatkan sebagai amalan perdagangan tidak adil oleh beberapa negara.

“Kita tidak boleh lagi membiarkan negara lain mengambil kesempatan terhadap kita. Mulai 1 Ogos, semua import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui platform Truth Social milik Trump Media & Technology Group,

Langkah ini susulan pengumuman Trump sebelum ini pada 2 April, dikenali sebagai ‘tarif hari pembebasan’, yang memperkenalkan tarif sebanyak 24 peratus ke atas import dari Jepun dan 25 peratus terhadap Korea Selatan.

Malaysia turut termasuk dalam senarai negara yang terkesan.

Namun, pelaksanaan tarif tersebut telah ditangguhkan selama 90 hari oleh pentadbiran Trump bagi memberi ruang kepada rundingan bersama negara-negara terlibat. Tempoh penangguhan itu dijadualkan berakhir pada Rabu ini.

Walau bagaimanapun, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt memaklumkan bahawa Presiden Trump akan menandatangani satu perintah eksekutif untuk melanjutkan penangguhan tersebut sehingga 1 Ogos.

“Surat pemberitahuan telah dihantar kepada negara-negara yang terlibat, dan lebih banyak surat akan menyusul dalam masa terdekat,” jelas Leavitt dalam kenyataan medianya.-8/7/2025

Read more

khabar terbaru