Suasana di satu majlis untuk raikan hari jadi Tun Dr Mahathir Mohamad ke 100 di Tasik Putrajaya pagi Ahad tegang seketika dan terpaksa ditamatkan lebih awal.
Ia berlaku bila bekas Perdana Menteri itu dilanda keletihan selepas mengayuh basikal kira-kira 30 minit bersama orang ramai di sekitar tasik itu.
Program Picnic & Potluck itu sempema hari jadi beliau ke 100 yang yang jatuh tiga hari lalu dihadiri sekitar 500.

Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri kenderaan.
Kemudian beliau mengayuh basikal kira-kira 30 minit di sekitar Tasik Putrajaya.
Berikutan alami keletihan Dr Mahathir dibawa duduk seketika diatas bangku di situ.
Ada pengawal peribadi beliau kelihatan cuba urut bahagian belakangnya dan juga diberi pil.
Kemudian Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara dan di masukan ke situ pada jam 10 pagi.
Pembantu Dr Mahathir,Sufi Yusof kata “ya, betul-betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat.
“Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN,” katanya.
Apapun bekas Perdana Menteri itu dibenarkan pulang ke rumah pada jam 4.45 petang setelah berehat di IJN.
Sementara itu difahamkan Dr Mahathir telah hadiri satu majlis malam tadi dan kurang rehat.
Sejak harijadinya ke 100 beberapa majlis secara kecilan telah dianjurkan oleh beberapa pihak.- 13/7/2025