Setelah Kemaman…hajat aktivis politik untuk melihat keriuhan suasana pilihanraya kecil selubungi Gua Musang pula tidak kesampaian.
Ini bila mana pada Selasa Mahkamah Persekutuan menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh BN untuk membatalkan kemenangan calon PN Mohd Azizi Abu Naim.
Pada pilihanraya umum ke 15 lalu Mohd Azizi menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah dari BN dengan majoriti 1,826 undi.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ku Li’ adalah Ahli Parlimen kawasan itu selama beberapa penggal.
Keputusan itu dibuat oleh Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Rhodzariah Bujang dan Abu Bakar Jais sebulat suara menolak rayuan Mohd Azmi Mahmood.
Sebelum ini pada 5 September lalu Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu menolak petisyen pilihan raya BN untuk Gua Musang.
Disebalik ini…Mohd Hazizi pada awal November lalu cetuskan kontroversi bila umum sokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.