Zahid matikan spekulasi…

Zahid matikan spekulasi..Setelah melalui pelbagai spekulasi berkaitan kesihatannya hingga dikatakan hendak letak jawatan ,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin tampil mengakui beliau baru baru ini telah
menjalani pembedahan prostat.
Serentak dengan itu Timbalan Perdana Menteri menyifatkan pembedahan prostat adalah perkara biasa.
“Semua orang lelaki ada prostat dan di depan ini mungkin ada sama ada besar atau kecil.
“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam. Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan,” katanya.
Beliau cakap dengan wartawan selepas membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID di Putrajaya.
Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kembali bertugas pada Jumaat 1 Disember termasuk hadiri mesyuarat kabinet.-4/12/2023