Kalau ada majoriti….silakan

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan asakan dan desakan pembangkang agar berundur dari jawatan Perdana Menteri….beliau sebaliknya telah ‘buka langkah’ cabar mereka gunakan saluran perlembagaan di Dewan Rakyat untuk jatuhkan kerajaan dengan segera.
Dalam ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin beliau menegaskan “kalau ada majoriti silakan.”
Serentak dengan itu Anwar mengingatkan beliau tidak akan benarkan tindak tanduk untuk menjatuhkan kerajaan tidak mengikut saluran yang betul.
Menurutnya hari ini adalah hari pertama bermulanya sidang Dewan Rakyat.
Perdana Menteri berkata, beliau sendiri ada memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul supaya membenarkan usul sedemikian sekiranya ada dikemukakan di Parlimen.
Untuk rekod kalau ikut peraturan biasa sesuatu usul melibatkan urusan kerajaan biasanya cepat dibawa ke mesyuarat namun jika pihak lain ia akan mengambil waktu.
Dengan jaminan terbuka Perdana Menteri itu ia bermakna usul undi tidak percaya boleh dibahas dan diundi segera.
Mengikut peraturan jika kalah dalam undian usul tidak percaya maka kerajaan yang berdepan dengan usul itu terus tumbang.
Anwar membayangkan beliau tidak gentar hadapi usul undi tidak percaya.
“Dia (pembangkang) tahu dia tidak boleh (menang usul) itu.Insyallah kita boleh bertahan dengan kuat dua pertiga majoriti.
Perdana Menteri kata sepatutnya mereka tunggu pilihanraya umum akan datang.
” (mereka kata) kita akan paksa kerajaan sekarang turun…ini sudah langgar prinsip perlembagaan dan undang undang…kita akan bertegas jika dicabar prinsip perlembagaan kita,”katanya.
Anwar berkata beliau berharap keadaan dalam negara aman aman sahaja.
“Nak dengki sebab apa?”katanya.
Baginya tidak wajar usaha untuk gambarkan keadaan negara sekarang kucar kacir tidak selamat dan sebagainya.
Kata Anwar beliau tidak kisah jika pembangkang hendak kritiknya namunh jangan timbulkan seolah keadaan negara huru hara dan rekod baik dilaksana kerajaan selama ini terpadam.
Pihak pembangkang dengan gabungan NGO serta menyokong mereka merancang hendak adakan himpunan ‘ Turun Anwar” di ibukota pada 26 Julai ini.- 21/7/2025