SKMM siasat kes muat naik kandungan palsu mengenai isu lantikan Ketua Hakim

Gara gara memuatnaik satu hantaran palsu berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara seorang individu berdepan siasatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Satu kenyataan SKMM memberitahu individu berkenaan disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melampau melalui akaun Instagram miliknya.
Bagi membantu siasatan sesi rakaman percakapan telah dijalankan pada 2.30 petang Jumaat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
SKMM turut sita satu unit telefon bimbit dan satu unit kad sim.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” jelas MCMC.
SKMM menegaskan pihaknya memandang serius terhadap penyebaran kandungan palsu dan jelik melampau yang menyentuh integriti institusi kehakiman negara.
Menurut SKMM penyalahgunaan media sosial untuk tujuan sedemikian boleh menggugat kepercayaan awam dan ketenteraman negara.
SKMM memberitahu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.- 18/7/2025