SUARA PEMBACA

Perlekeh rundingan damai Thailand-Kembaja… AMK desak MP Pasir Mas minta maaf

Tatkala dunia mengiktiraf peranan Malaysia khususnya Perdana Menteri sebagai peneraju dan arkitek keamanan serantau apabila dua negara jiran kita, Thailand dan Kemboja, akhirnya bersetuju menggerakkan gencatan senjata. Namun, masih ada segelintir yang memilih untuk memperlekeh dan mempertikai usaha murni ini.

Ironinya, yang memperlekeh bukan orang luar. Tetapi pembangkang di tanah air sendiri yang nampaknya lebih rela melihat kegagalan daripada mengiktiraf kejayaan yang membanggakan negara.

Saya ingin tegaskan bahawa usaha ini bukan soal parti atau politik individu. Ini soal maruah negara. Ini soal peranan Malaysia sebagai pemimpin yang disegani di rantau ini. Dunia menyambut baik usaha ini dari Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, sehinggalah ke seluruh komuniti ASEAN tetapi pembangkang kita pula memilih untuk menjadi sinis dan pesimis.

Mereka lupa semasa mereka berkuasa, tiada satu pun kejayaan diplomatik seumpama dan sebesar ini berjaya digerakkan untuk dicapai. Kini, apabila Malaysia di bawah Kerajaan MADANI berdiri megah menegak serta melakar diplomasi di persada antarabangsa dan memain peranan aktif menyelesaikan pertelagahan, pembangkang memilih untuk menyemai kebencian dan dendam kesumat.

Beginilah politik sempit yang kita tolak. Kita tidak boleh benarkan suara-suara sumbang ini terus menjadi liabiliti kepada nama baik negara. Tindakan mereka jelas tidak patriotik dan memalukan negara.

Tuntutan Islam yang sepatutnya meraikan pendamaian, disanggah dengan kebencian politik yang membuak. Ini jauh menyimpang dari ajaran dan tuntutan Islam.

Tapi akan terus maju. Malaysia akan terus melangkah. Kita akan terus menjulang nama Malaysia dengan diplomasi, bukan dengan retorik kosong. Kita percaya pada penyelesaian yang berasaskan kemanusiaan, bukan kebencian.

Justeru, saya menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas YB Fadhli Shaari untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Thailand dan Kemboja. Malaysia sama sekali tidak akan mempertahankan tindakan gopoh dan bebal mereka yang tidak ada secebis rasa hormat pada negara lain, apatah lagi negara jiran, dan pastinya kita juga tidak bersetuju sekiranya negara tercinta ini dihambur kenyataan biadab yang serupa.

Kamil Munim
Ketua Angkatan Muda Keadilan

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button