FOKUS

Majoriti 58 undi: Petisyen pilihanraya Gombak Setia didengar minggu depan

Pendengaran kes petisyen pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia akan bermula pada Isnin, 11 Disember depan.

Anggota DUN kawasan itu Hilman Idham berkata ia akan berlangsung sehingga 15 Disember serta 18 hingga 22 Disember.

Prosiding itu, katanya lagi, didengar di Mahkamah Tinggi Ipoh, di hadapan Hakim Abdul Wahab Mohamed.

Hilman berkata, selaku responden, dia telah melantik tujuah peguam yang diterajui oleh mantan pesuruhjaya kehakiman, Awg Armadajaya Awg Mahmud.

Peguam lain termasuk Hasshahari Johari Mawi, Mohd Radzlan Jalaludin, Mohd Tajuddin Abd Razak, Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman, Shahir Ab Razak dan Wan Rohimi Wan Daud.

“Saya yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang dikemukakan melalui petisyen ini,” katanya.

Gombak Setia adalah satu daripada empat DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kalah tipis dalam pilihan raya negeri lalu.

Hilman hanya menang dengan majoriti 58 undi dalam pertembungan tiga penjuru dengan calon PH dan bebas.

Selain DUN itu, tempat-tempat lain yang PH kalah tipis ialah Dengkil (407 undi), Sungai Kandis (167), dan Taman Medan (30).-7/12/2023

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button