FOKUS

Tabung Haji nafi belanja RM20juta untuk perkukuh jenama

Perbezaanya nyata amat besar.Ini adalah jumlah antara RM20 juta dan RM2 juta setahun untuk tempoh tiga tahun yakni RM5 juta.

Siapa yang tidak melompat dengar kisah kononya Lembaga Tabung Haji (TH) membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi tujuan penjenamaan semula atau rebranding.

Sedangkan jumlah sebenar peruntukan bagi proses peremajaan jenama hanyalah RM2 juta setahun untuk tempoh tiga tahun yakni RM6 juta.

Bezanya sebanyak RM14 juta.

Tabung Haji pada Sabtu mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa lembaga terbabit membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi tujuan penjenamaan semula atau rebranding.

Katanya dakwaan tersebut adalah tidak benar dan disifatkan sebagai fitnah semata-mata.

“Dakwaan bahawa TH tidak perlu berusaha memperkukuhkan jenamanya yang dikenali ramai selepas 60 tahun beroperasi juga tidak tepat.

“TH telah memperkukuhkan jenama beberapa kali sebelum ini dan langkah itu merupakan pelaburan penting untuk mengubah minda serta menarik minat umat Islam menabung secara sistematik bagi memenuhi syarat kemampuan menunaikan haji,” katanya.

Dalam pada itu, TH menjelaskan, peruntukan sebenar bagi proses peremajaan jenama hanyalah RM2 juta setahun untuk tempoh tiga tahun.

Menurutnya, proses itu melibatkan tinjauan pasaran meluas dan libat urus bersama pihak pendeposit bagi memahami dengan lebih baik keperluan mereka.

Tambah kenyataan itu, hasil kajian mendapati perubahan demografi masyarakat Islam Malaysia memberi kesan yang sangat ketara.

“TH mempunyai 9.6 juta pendeposit iaitu hanya 50 peratus dari penduduk muslim negara dengan lebih 80 peratus daripada transaksi kewangan ketika ini dilakukan secara digital dan dalam talian,” ujarnya.

Menurut TH lagi, setakat ini, lebih 53 peratus daripada pendeposit TH mempunyai simpanan kurang daripada RM1,300 dan ia jauh daripada mencukupi untuk persediaan menunaikan haji.

“Kos menunaikan haji bagi seorang jemaah kumpulan berpendapatan rendah (B40) pada tahun 2025 adalah sebanyak RM15,000,” menurut kenyataan itu.

Justeru, TH sedang merancang kempen bagi menarik umat Islam negara menabung awal, konsisten dan sistematik bagi meningkatkan simpanan ke tahap membolehkan mereka menunaikan ibadat haji, serta memastikan pelaburan stabil demi kelestarian institusi.

Lembaga Pengarah TH turut memutuskan untuk mengkaji semula strategi supaya kekal berdaya saing, memberi perkhidmatan terbaik serta menarik lebih ramai umat Islam Malaysia khususnya golongan muda menjadi pendeposit.- 16/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button