YANG VIRAL

Selepas teguran Agong… ATM batal pembelian 4 helikopter Black Hawk

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membatalkan pembelian empat helikopter jenis Black Hawk dengan nilai kontrak kira-kira RM187 juta, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun dibatalkan.

“ATM sentiasa menjunjung dan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan pembelian helikopter Black Hawk lama yang kebanyakannya berusia lebih 30 tahun.

“Kita tidak akan mengusulkan (helikopter) Black Hawk pun dan telah mengambil maklum hasrat Tuanku. Tender sudah pun keluar,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Sabtu lalu, Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Pertahanan membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk berusia lebih 30 tahun.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, baginda mengingatkan Kementerian Pertahanan tidak mengulangi kesilapan dahulu.

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat Sky Hawk secara ‘second hand’. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri.

“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ‘ejen’ atau bekas jeneral yang menjadi ‘salesman’, malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual ‘drone’,” titah baginda dalam catatan di Facebook.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah Seri Paduka Baginda.-19/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button