
TPM minta penduduk sekitar Segamat tidak panik kejadian gempa lemah…kerajaan sentiasa pantau
Kerajaan akan memantau situasi semasa kejadian beberapa gempa bumi lemah di Segamat, Johor dan berharap orangramai di situ tidak panik serta kekal berada dalam keadaan siap.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan negara akan terus memantau keadaan.
“Saya harap masyarakat tidak panik, mudah-mudahan tiada bencana besar berlaku,” katanya.
Bercakap kepada wartawan pada satu majlis di Negeri Sembilan pada Sabtu Zahid kata beliau telah melaporkan kepada Jemaah Menteri mengenainya semalam.
Zahid turut meminta orang ramai melakukan solat hajat memohon kesejahteraan dan sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada malapetaka tidak diingini.
Gempa bumi lemah sekali lagi direkodkan di Segamat pagi ini bermagnitud 2.7 pada pukul 7.29 pagi, gegaran kelima dalam tempoh lapan hari di daerah itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gegaran berada di koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, turut menitahkan semua masjid dan surau di Johor melaksanakan solat hajat serta doa selamat selepas beberapa gegaran di Segamat sejak kejadian pertama direkodkan pada 24 Ogos lalu.- 30/8/2025