SUARA PEMBACA

JAKIM bangunkan Sistem Validasi Aplikasi Islamik

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersedia menyelaras pembangunan Sistem Validasi Aplikasi Islamik bagi memastikan aplikasi berkaitan Islam di pasaran adalah sahih, tepat dan menepati prinsip Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, inisiatif tersebut adalah respons terhadap cadangan dibangkitkan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di Dewan Negara yang menekankan keperluan menangani cabaran teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam konteks Islam.

“Cadangan ini amat signifikan serta selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI ke arah transformasi digital. Pada persidangan Majma Fiqh Islami anjuran Rabitah dan JAKIM baru-baru ini turut diberikan perhatian khusus terhadap cabaran AI dalam isu fiqh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi kementeriannya di Dewan Negara hari ini.

Tambah beliau, JAKIM akan meneliti secara terperinci aspek teknikal, perundangan, syariah dan tahap ketersediaan data sebelum sistem berkenaan direalisasikan sepenuhnya.-2/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button