SUARA PEMBACA

SKMM siasat ADUN PAS kes hantaran palsu insiden wanita naik pentas Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Manjoi Mohd Hafez Sabri disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung hantaran palsu berunsur perkauman di media sosial insiden seorang wanita menaiki pentas semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak di Ipoh pada 31 Ogos.

Dalam kejadian berkenaan wanita itu telah meluru kearah Sultan Perak dan ditahan oleh anggota keselamatan yang berkawal.

Hantaran ADUN berkenaan yang dakwa wanita berkenaan bangsa Cina adalah tidak benar dan berpotensi menimbulkan ketegangan kaum serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Polis telah mengesahkan wanita berkenaan seorang bangsa Melayu berusia 41 tahun.

Dia telah dikenakan tahan reman tiga hari.

Satu kenyataan SKMM beritahu sesi rakaman keterangan dan siasatan lanjut keatas ADUN berkenaan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Kenyataan SKMM mengingatkan penyebaran kandungan palsu berunsur perkauman merupakan perbuatan serius yang boleh mengancam keharmonian dan ketenteraman awam.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat sebelum membuat atau menyebarkan sebarang kandungan di media sosial,” katanya.- 3/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button