FOKUS

KEMASKINI : Ini jawapan pada dakwaan Zara Qairina dimasukan ke dalam mesin basuh…

Betulkah Zara Qairina Mahathir meninggal dunia akibat dimasukan dalam mesin basuh?

Salah satu hal yang hangat menjadi menjadi bualan dalam kes Zara Qairina Mahathir ialah dakwaan dia meninggal dunia kerana dimasukan dalam mesin basuh.

Dakwaan itu berlegar gara gara penyebaran maklumat palsu itu dilakukan seorang guru menerusi akaun TikTok baru-baru ini.

Guru berusia 39 tahun itu sudah didakwa di mahkamah membabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Soal mesin basuh itu berbangkit dalam prosiding inkues hari kedua kes kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu pada Khamis.

Mahkamah itu diberitahu oleh Dr Jessie Hiu, 58,seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.

Beliau yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu sejak 1998, berkata perkara itu tidak mungkin berlaku disebabkan berat mangsa.

Beliau berkata demikian ketika disoal pengendali prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Badius Zaman: Doktor, adakah anda menjumpai mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian?

Dr Hiu: Ya, terdapat satu, di tingkat bawah, berhadapan dengan tangga.

Badius Zaman: Doktor, adakah anda tahu saiz mesin basuh itu?
Dr Hiu: Ia merupakan mesin basuh domestik, bukan industri.

Badius Zaman: Adakah mangsa boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh?

Dr Hiu: Saya tidak memeriksa saiz dram mesin basuh tersebut. Saya dimaklumkan mangsa mempunyai berat 53 kilogram, dan saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram.

Prosiding pendengaran kes di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan diteruskan.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu. Beliau dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya, selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam
longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada pukul 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengumumkan satu inkues akan dijalankan berhubung kematiannya selepas meneliti laporan siasatan polis. Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengarahkan
kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.- 4/9/2025


I

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button