YANG VIRAL

Johari Ghani dilantik ketuai pasukan khas UMNO teliti penambahbaikan RUU Pembaharuan Semula Bandar

UMNO telah ambil langkah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang telah menjadi isu kontrovesial.

Naib Presidennya Johari Abdul Ghani untuk mengetuai pasukan itu yang bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci.

Ia kemudian akan dibentangkan dalam Konvensyen Melayu Bandar.

Konvensyen Melayu Bandar ini bakal melibatkan kepimpinan tertinggi UMNO daripada negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia, parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan masyarakat sivil, yang akan diadakan pada penghujung bulan September.

Resolusi Konvensyen Melayu Bandar kelak akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah ini diumum oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini.

RUU PSB sebelum ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan kedua di Dewan Rakyat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Perbahasan dan pengundian RUU tersebut ditangguhkan ke mesyuarat Dewan Rakyat pada Oktober ini dan kerajaan akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada akta yang dicadangkan itu.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini berkata Ahli Parlimen gabungan itu mahu rang undang-undang berkenaan yang bertujuan membangunkan semula kawasan bandar yang semakin tua dan semakin merosot tanpa perlu mendapat kelulusan 100 peratus daripada pemilik, ditangguhkan dan dikaji semula.

Beberapa ahli parlimen PKR juga menyatakan kebimbangan terhadap ambang persetujuan rang undang-undang untuk pembaharuan bandar, manakala pembangkang, kumpulan masyarakat sivil, dan penduduk Kuala Lumpur telah mengadakan protes di luar Parlimen untuk membantah.

Pembangkang sebelum ini menuduh PSB cubaan menyingkirkan orang Melayu.

Pembangkang juga berhujah PSB akan menyebabkan gentrifikasi dan meminggirkan golongan miskin, khususnya masyarkat Melayu dan India.-33/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button