FOKUS

Pemuda UMNO serah laporan pada Lembaga Disiplin UMNO dakwa Lokman Adam fitnah Akmal Saleh

Pemuda UMNO Malaysia telah menyerahkan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO berhubung kenyataan yang didakwanya tidak bertanggungjawab dibuat oleh Datuk Lokman Noor Adam terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Akmal Saleh.

Laporan berkenaan diserahkan oleh Ketua Penerangan pergerakan itu Mohamad Sollehin pada petang Khamis.

Beliau ditemani oleh Peguam Pemda UMNO Aizat Reko dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Mohd Hilmi.

Lokman ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Pengarah Komunikasi UMNO.

Sollehin kata kenyataan Lokman yang didakwanya berbaur fitnah ini bukan sahaja menjejaskan imej Ketua Pemuda, malah boleh menggugat keharmonian parti.

Beliau bagaimanapun tidak sebut butiran kenyataan Lokman yang didakwa berbaur fitnah itu.

Namun diketahui umum hubungan antara Lokman dan Akmal ‘amat tidak mesra’.

Sollehin memberitahu tindakan ini juga merupakan manifestasi daripada 160 laporan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di seluruh negara yang mahukan isu ini dirujuk dan diputuskan oleh Lembaga Disiplin Parti.

“Keputusan membawa perkara ini adalah hasil Mesyuarat Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dengan tekad agar disiplin dan maruah parti terus terpelihara,”katanya menerusi hantaran di laman facebooknya.- 4/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button