YANG VIRAL

Rashid Hussain,Khairul Aming dan Angeline Tan terima anugerah sempena Maulidur Rasul 2025

Tan Sri Abdul Rashid Hussain cukup dikenali sebagai seorang tokoh perbankan dan usahawan.

Pengasas Kumpulan RHB ini sekarang turut berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Sempena Maulidur Rasul tahun ini beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 2025.

Ini sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam pembinaan beberapa buah masjid.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M di Maeps,Serdang pada Jumaat.

Pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming dianugerahkan kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya,

Pelakon Angeline Tan pula terima anugerah Saudara Baru Cemerlang.- 5/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button