FOKUS

Kekecohan cemar majlis ucapan dasar Muhyiddin di Perhimpunan Agung Tahunan parti Bersatu….

Gamat….gamat…kekecohan tiba tiba meletus di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Sabtu malam ketika
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Insiden itu menyaksikan dua kumpulan bertelagah di tengah dewan selama beberapa minit sebelum dileraikan oleh petugas keselamatan parti.

Ia bermula ketika Muhyiddin menyentuh dalam ucapanya mengenai tindakan pihak tertentu dalam parti yang mengutip tandatangan untuk menjatuhkan beliau.

Hal ini telah mendorong beberapa ahli parti tiba-tiba menggesa Muhyiddin yang Ahli Parlimen Pagoh berundur sambil melaungkan kata-kata “turun Tan Sri”.

Tindak tanduk itu terus dibalas dengan laungan “hidup Tan Sri” oleh kalangan perwakilan lain.

Pada waktu itu sebilangan perwakilan dilihat saling bertegang leher.

Juga berlaku kejadian tolak menolak antara mereka.

Ucapan dasar Muhyiddin tertangguh seketika waktu itu.

Setelah keadaan dapat tenangkan beliau telah sambung semula ucapan itu.

Sementara itu pada sidang media kemudian, Muhyiddin menjelaskan kekecohan yang terjadi tidak menjejaskan beliau berucap hingga penutup majlis.

“Saya tak berapa pasti. Saya di atas pentas tengah fokus pada ucapan saya.

“Jadi saya tak jelas apa berlaku, tapi Alhamdulillah tak ada mencetuskan huru-hara…

“Realitinya saya tak tau apa berlaku. Pihak kita akan dapatkan laporan daripada pegawai kita.

“Sama ada melibatkan perwakilan atau bukan perwakilan saya tak pasti.

“Saya duduk di pentas nak sampaikan ucapan saya, tinggal sikit lagi,” katanya.

Dalam ucapan sebelum kekecohan timbul Muhyiddin mendakwa parti itu kini dalam kedudukan terbaik untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Oleh itu beliau mengingatkan ahli parti mengelak perbalahan dan mengenepikan segala hal yang negatif yang boleh melemahkan.

Mengenai perbuatan mengutip tandatangan untuk menjatuhkan Presiden… beliau minta mereka sedar ia juga boleh berlaku keatas pemimpin lain.

Beliau mahu semua berpegang kepada peraturan dan perlembagaan parti.-6/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button