YANG VIRAL

Anutin sahabat susah dan senang – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Ucapan itu dizahirkan Anwar menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau lewat petang tadi, yang turut menyentuh hubungan persahabatan jangka panjang antara kedua-dua pemimpin.

“Lewat petang tadi saya telah menghubungi Anutin Charnvirakul bagi mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

“Saya juga menzahirkan kegembiraan kerana beliau merupakan sahabat lama yang sentiasa bersama saya sewaktu susah dan senang,” katanya.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menjemput Anutin untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu penting yang melibatkan hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Bangkok.

“Saya turut menjemput beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu-isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala selain perkembangan di sempadan Thailand–Kemboja serta kerjasama ASEAN,” ujarnya.

Menurut Anwar, Anutin memaklumkan bahawa upacara angkat sumpah jawatan akan berlangsung dalam tempoh seminggu dan menyatakan kesediaannya untuk bertemu beliau sejurus selepas majlis tersebut.-8/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button