YANG VIRAL

Trump sah hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di KL Oktober ini

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan dijangka menjadi medan diplomasi paling berprofil tinggi tahun ini apabila pemimpin kuasa besar dunia bakal hadir serentak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika pertemuan di Beijing, menyatakan hasrat untuk hadir ke negata ini, sementara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga sebelum ini telah mengesahkan kehadirannya.

“Presiden Trump hubungi saya dan sahkan akan hadir bulan depan. Presiden Putin pula menyatakan secara terus kepada saya di Beijing bahawa beliau mempertimbangkan secara serius untuk datang ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-50 Kumpulan AmBank dan makan malam perdana di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, lawatan seumpama itu mencerminkan kedudukan Malaysia walaupun berdepan cabaran global masa kini.

“Ini adalah masa yang mencabar. Tetapi walau apa pun, saya tetap sangat optimis kerana kita mempunyai daya tahan. Kita perlu membina dengan daya tahan ekonomi dan juga daya tahan domestik.

“Tidak ada sebab, kita tidak boleh mengatasinya kerana asas kita telah kukuh,” ujarnya.-10/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button