TAHUKAH ANDA

Ambil langkah wajar, lindungi fasiliti LNG Bintulu – Kerajaan Sarawak

Sarawak berharap langkah sewajarnya diambil bagi melindungi fasiliti gas asli cecair (LNG) di Bintulu daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkara perkara itu penting bagi melindungi aset strategik negara.

“kita berharap langkah sewajarnya dapat diambil jika terdapat sebarang ancaman, untuk melindungi aset kita dan kita akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung perkara itu,”katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan ancaman terhadap fasiliti LNG di Bintulu, Sarawak diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon yang berdaftar di negara jiran, Indonesia.

Kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan di fasiliti LNG di Sarawak dan Sabah susulan ancaman tersebut.

Ketua Polis Negara mengesahkan kawalan keselamatan di semua fasiliti LNG Petronas diperketatkan serta-merta.

Pasukan polis di seluruh negara turut membantu meningkatkan keselamatan di semua fasiliti LNG Petronas.

Kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG di Bintulu mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta bagi membolehkan siasatan segera dilakukan.-10/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button