SUARA PEMBACA

Apa kata tukar nama Kuala Lumpur jadi Ulu Lumpur

Kuala Lumpur macam mana dinamakan Kuala Lumpur sedangkan kuala itu asasnya berhampiran dengan laut.

Tukar nama (jadi) Ulu Lumpur ke,”

Itu kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun membidas usaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan mahu menukarkan nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga.

Ditemui wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di Seremban pada Rabu beliau berpendapat, cadangan pertukaran nama tersebut sepatutnya melibatkan semua tempat bukannya Port Dickson saja.

“Saya dimaklumkan mengenai beberapa NGO yang diterajui Pertubuhan Pemerkasaan Identiti (Identiti) bersama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk menukar nama Port Dickson kepada suatu nama lain iaitu Pantai Dermaga.

“Bagi saya, kalau nak tukar nama, tukarlah semua sekali, janganlah Port Dickson saja. Port Klang kita tukar, Kuala Lumpur kita tukar, Georgetown (Pulau Pinang), kenapa satu-satu… lambat.

“Kuala Lumpur macam mana dinamakan Kuala Lumpur sedangkan kuala itu asasnya berhampiran dengan laut. Tukar nama Ulu Lumpur ke,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan kenapa kawasan berkenaan yang menjadi sasaran dan pada masa meminta semua pihak bersikap lebih terbuka.

Jelas beliau, Port Dickson telah dikenali ramai termasuk pelancong luar sebagai kawasan pantai peranginan.

“Port Dickson dikenali sebagai pantai peranginan yang dikenali dunia, malah sejak saya dilahirkan, pantai itu telah dikenali sebagai Port Dickson.

“Tapi terpulanglah, saya dimaklumkan mereka nak buat (sidang media) 15 September ini. Tapi bagi saya kalau nak tukar, buatlah satu negara. Kalau tukar satu-satu sukar pihak pemetaan nak uruskan,” katanya.- 10/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button