FOKUS

Operasi kosongkan rumah projek Kampong Sungai Baru kecoh…OCPD cedera

Gambar diatas menunjukkan muka Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi,Kuala Lumpur Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman berdarah.

Disebelahnya ialah gambar semasa pergelutan yang berlaku dimana beliau alami kecederaan itu.

Kejadian menimpa Suzilme semasa rempuhan penduduk yang bergelut untuk masuk ke kawasan operasi mengosongkan rumah yang terlibat dalam projek di Kampong Sungai Baru.

Kampong Sungai Baru terletak di tepi Kampong Bharu.

Ia merupakan kawasan hartanah di Kuala Lumpur yang bernilai tinggi kerana kedudukan tidak jauh dari KLCC.

Pembangunan semula kawasan itu merangkumi pembinaan kondominium dan pembangunan komersial.

Projek berkenaan telah jadi isu yang kontrovesial kebelakangan ini gara gara sebahagian penduduk menentang pembangunan di kawasan berkenaan.

Antara aktivis terkenal yang mengetuai bantahan ialah Rafidah Ibrahim.Dia juga adalah salah seorang penduduk di situ.

Hari ini operasi pengosongan rumah turut melibatkan rumahnya.

Selain penduduk sekitar dan orangramai yang datang untuk bersoladiriti dengan penduduk terlibat telah berkumpul di situ sejak pagi.

Polis yang disertai oleh anggota FRU telah berkawal sekitar Kawasan untuk elak kejadian tidak diingini.

Petugas TNB juga kelihatan memotong bekalan letrik di rumah yang terlibat.

Di celah kehangatan suasana sebilangan orangramai telah cuba merempuh masuk ke kawasan operasi.

Ini menyebabkan berlaku pergelutan dan tolak menolak.

Selain Suzilme seorang orang awam mengalami cedera ringan akibat kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kepada wartawan pihaknya mahu memastikan operasi pengosongn itu berjaya diselesaikan hari ini.

“Pengosongan ini perlu dibuat hari ini apa cara sekalipun. Kalau ada pihak yang sengaja mencetuskan kekacauan, saya akan lawan habis-habisan.

“Saya tidak akan benarkan perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Fadil berkata belau kecewa dan marah dengan tindakan membaling objek terhadap pegawainya yang sedang bertugas kerana jelas bertentangan dengan undang-undang.

Katanya, polis hanya menjalankan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang.

Beliau juga tidak menolak wujud penglibatan pihak luar yang hadir ke kawasan operasi dan cuba menimbulkan huru-hara. – 11/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button