Uncategorized

Rancang perjalanan anda… 2.2 juta kereta sehari guna lebuh raya 12, 13, 19, 20 Sept

Orang ramai kini diingatkan untuk merancang perjalanan percutian anda bersempena cuti sekolah dan Hari Malaysia bermula minggu ini.

Menurut PLUS Malaysia, dijangka sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuhraya pada hari puncak 12, 13, 19 dan 20 September ini.

Dengan ramalan tersebut mengikut laporan, para pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

Untuk tindakan itu, semua pihak boleh merujuk pada aplikasi PLUS menerusi jadual perjalanan MyPLUS-TTA.

Tidak hanya itu, para pengguna turut dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go dan aplikasi dompet digital anda sentiasa mencukupi bagi menghindari sebarang kesulitan ketika perjalanan.

Maka dengan jangkaan ini, PLUS mengharapkan kerjasama semua pihak khususnya kumpulan pemandu untuk kekal mematuhi perundangan perjalanan dan memastikan segala kelengkapan kenderaan dilaksanakan, untuk pastikan perjalanan lebih cekap sepanjang musim cuti.-12/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button