
KEMASKINI : Dah makin melarat…mulanya dua…kini lapan lagi wakil rakyat dapat ugutan video seks
Hal ini serius…tetapi nampak macam sudah ada unsur main main pula.
Asalnya Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan rakannya Ahli Parlimen Subang Wong Chen terima ugutan guna video seks…kini setakat berita ini ditulis lewat Ahad malam lapan wakil rakyat lain turut terima ugutan serupa.
Maka jumlahnya setakat ini 10 orang.
Lapan yang berkenaan ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ,Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari,Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi; Senator Manolan Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Wong Chia Zen dan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Selangor, Dr Fahmi Ngah.
Ugutan berkenaan dihantar menerusi email.
Modus operandi sama email yang dihantar mengandongi video kabur mereka dan ugutan bayar RM420,000 jika tidak video disebarkan.
Chan dan Najwan telah kemuka laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
Fahmi Fadzil memberitahu hasil semakan mendapati email berkenaan menggunakan ayat yang hampir sama, disertakan dengan tangkap layar serupa, dan dipercayai dihantar daripada alamat emel yang sama.
Beliau menegaskan, Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi dan rangkaian komunikasi untuk mengugut atau memperdaya rakyat.
Katanya, segala usaha akan digembleng bagi memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan demi menjamin keselamatan masyarakat.
Menteri Komunikasi yang ditemui wartawan pada satu majlis di Bukit Mertajam beritahu isu wakil rakyat yang mendakwa menerima ugutan video lucah kini berada di bawah siasatan polis.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai agensi teknikal akan membantu siasatan yang dijalankan polis.
“(Perkara) ini di bawah siasatan PDRM dan MCMC akan membantu sebagai agensi teknikal. Jadi pihak yang mengetuai siasatan ialah PDRM. Buat masa ini saya tidak mempunyai maklumat tambahan,” katanya. – 14/9/2025
BERITA SEMALAM : Rafizi terima ugutan baru…dakwa terlibat seks sejenis
Baru saja bulan lalu Datuk Seri Rafizi Ramli menghadapi ancaman melibatkan anak dan isterinya…kini ancaman baru pula muncul.
Bekas Menteri Ekonomi dan bekas Timbalan Presiden PKR itu beritahu beliau terima ugutan dakwa terlibat dalam kegiatan seks sama jenis.

Bukan setakat itu Ahli Parlimen Pandan itu didakwa berkongsi pasangan sama jenis dengan Ahli Parlimen PKR kawasan Subang,Wong Chen.
Rafizi beritahu menerusi laman facebooknya beliau terima menerusi email yang memeras ugut USD100,000 ( kira kira RM420,000) kalau tidak video seks sejenis itu disebarkan.
Katanya Wong Chen turut terima email sama.
Rafizi berkata mereka berdua menerima tangkap layar video berkenaan.
“Kami sama-sama kongsi tangkap layar (video). Rupa-rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama,” katanya.
Pada 13 Ogos lalu anak lelakinya berusia 12 tahun di suntik cecair oleh dua orang tidak dikenali bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Esoknya isterinya menerima mesej berbaur ugutan iaitu ‘diam, jika teruskan, AIDS’
Rafizi percaya ia ada kaitan dengan cubaan menutup mulutnya berkaitan satu skandal.
BERIKUT IALAH TULISAN RAFIZI MENGENAI UGUTAN TERBARU:
SERANG ANAK UGUT ISTERI,SEKARANG UGUT VIDEO LUCAH
Semalam saya dapat satu email mengenai dakwaan video lucah saya dengan seorang lelaki.Ha3 video lucah datang lagi!
Sekarang zaman AI senang nak buat video dan gambar.
Masa saya di universiti dulu,saya buat ijazah kejuruteraan elektronik.Banyak belajar pasal teknoloji semua .Satu perkara saya bertanya masa tu,kenapa dalam Islam hukum Hudud jelas menetapkan untuk mensabitkan tuduhan zina ,mesti ada kesaksian empat orang yang akhlaknya baik? Bagaimana dengan bukti video?
Sekarang kita tahu kenapa,sebab zaman AI ini semua boleh dicipta .Jadi mudah untuk buat gambar lucah,video lucah dan lain lain.
Berbalik kepada ugutan video lucah.
Saya dapat email ini yang memeras ugut USD 100,000 kalau tidak video disebarkan.Dia bagi screen shot video itu.Siap bagi QR code konon untuk pindahkan wang.
Screen shot video nampak seperti orang lelaki .Katil bilik dan setting macam kabur kabur.Macam video kabur yang pernah ada dulu ,cuma nampak macam muka saya ha3.
Yang lawaknya setengah jam kemudian saya dapat mesej dari YB Wong Chen,Ahli Parlimen Subang .Dia beritahu dia kena ugut ada satu video lucah dengan lelaki juga.
Kami sama sama kongsi screen shot .Rupanya kami dituduh tidur dengan lelaki yang sama ha3.
Pejabat YB Wong Chen lagi garang dari saya .Mereka terus buat laporan polis.
Saya tidak rasa mereka menghabiskan jutaan ringgit untuk bayar firma AI buat video lucah yang ada muka saya.Cuma edit video lama dan letak muka saya,kemudian ambil screen shot.
Saya rasa tujuan sebenar tujuan sebenar ialah untuk mengodam peranti elektronik saya dan kemudian fitnah lebih besar boleh dibuat.



