
KEMASKINI: Timbalan Pendakwaraya SPRM disiasat kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis
Ekoran tempoh reman selama tiga hari bermula Selasa sudah tamat maka Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan untuk membantu siasatan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.
Hal ini dimaklum oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed.
Beliau dilaporlam beritahu kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan masih menunggu arahan selanjutnya.- 25/9/2025
Timbalan Pendakwa Raya SPRM kantoi…
Ini sudah kes terbalik kot…Seorang pegawai baru di SPRM yang ada kuasa menentukan seseorang yang disiasat kena dakwa atau tidak sendiri sudah kantoi.
Pegawai yang berjawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) agensi itu telah ditahan kerana disyaki memiliki dadah.
Satu kenyataan SPRM pada Rabu mengesahkan pegawai berkenaan ditahan pihak polis di kediamannya semalam.
Hasil pemeriksaan turut menemui bahan terlarang berkenaan.
Katanya individu berkenaan baru sahaja melapor diri di suruhanjaya itu pada minggu lalu.
SPRM memaklumkan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut serta memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh.
“SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan berkompromi dengan salah laku, pelanggaran undang-undang atau perbuatan jenayah oleh mana-mana pegawai atau kakitangan dan komited untuk memastikan integriti serta tata kelola organisasi sentiasa dipelihara,” kata kenyataan itu.
Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang ditemui wartawan pada satu majlis di Cyberjaya berkata pegawai terbabit baru melaporkan diri di SPRM sebagai pegawai sokongan dari Jabatan Peguam Negara (AGC).
Katanya, kes ini sesuatu yang tidak dijangka dan kini sedang disiasat oleh pihak polis.
“Saya ada bercakap dengan Peguam Negara dan kami bersetuju menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Jika ada kes, polis akan membawanya ke mahkamah,” ujarnya.
Mengulas mengenai soal tapisan terhadap pegawai terbabit sebelum ditugaskan di SPRM, Azam menjelaskan perkara itu di bawah bidang kuasa AGC.
“Ini kerana beliau (pegawai TPR) telah berkhidmat di bawah AGC dan saya jangka sudah melalui segala tapisan. Termasuklah ujian saringan dadah yang wajib dibuat kepada semua penjawat awam termasuk TPR.
“Bagi saya, jika benar berlaku, ini adalah tindakan individu itu sendiri,” katanya.
“Kebiasaannya kes begini, saya akan cadangkan kepada Peguam Negara supaya pegawai ini direhatkan dahulu daripada menjalankan sebarang pendakwaan kes di mahkamah.” – 24/9/2025