SUARA PEMBACA

10 inisiatif jaga keamanan, keselamatan dan kemakmuran ASEAN

ASEAN secara kolektif bertekad untuk memelihara keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau menerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pertahanan ASEAN (ADSOM) 2025 yang diadakan di Desaru, Kota Tinggi hari ini.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi kenyataan memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Lokman Hakim Ali selaku Ketua ADSOM telah mengemukakan 10 inisiatif baharu untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 pada Oktober depan.

Kenyataan itu memaklumkan ia merangkumi tiga bidang utama bagi memperkukuh kerjasama dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan operasi serta menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

“Pertama, ASEAN menegaskan semula kesepaduan dan kepusatannya sebagai teras kerjasama.

“Kedua, beberapa inisiatif utama telah dipersetujui bagi memperkukuh kerjasama pertahanan dan daya tahan kolektif dalam kalangan negara anggota ASEAN,” menurut kenyataan itu.

MINDEF turut memaklumkan bahawa mesyuarat itu menjadi pemangkin bagi persiapan ADMM dan ADMM-Plus yang akan datang dan hasil mesyuarat berkenaan akan dibawa ke peringkat menteri.

“Ini bagi memastikan ASEAN kekal bersedia untuk menangani cabaran keselamatan semasa dan akan datang serta membina dan memperkukuh persekitaran kondusif dan menguntungkan bagi pertumbuhan masa hadapan ASEAN,” menurutnya.

ADSOM menghimpunkan Pegawai Kanan Pertahanan dari semua negara anggota dengan Timor-Leste sebagai pemerhati.

Mesyuarat itu turut mendapat penglibatan Sekretariat ASEAN.-25/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button