YANG VIRAL

Tuduh PH munafik, PAS makin terdesak raih sokongan – AMK

Pemuda PKR (AMK) menyifatkan Pas semakin terdesak untuk meraih sokongan apabila presidennya Abdul Hadi Awang menggelarkan PH seabgai golongan munafik dan menyamakan gabungan itu dengan Israel.

Timbalan Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim berkata serangan baru oleh Abdul Hadi itu hadir selepas apa yang disifatkannya sebagai peningkatan keyakinan rakyat dan negara luar terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, serangan itu juga membenarkan tanggapan bahawa PAS adalah “parti ekstrem”.

“PAS kini semakin terdesak. Makin ramai ahli parlimen pembangkang menyuarakan dukungan (kepada Anwar) dan kekuatan PN semakin melemah.

“Justeru, menggelar PH sebagai munafik, musuh Islam yang mengamalkan demokrasi ala Israel, ianya membenarkan pandangan bahawa PAS sebuah parti yang berfikrah ekstrem,” katanya melalui hantaran di X (dulu dikenali sebagai Twitter).

Kamil merujuk kenyataan Abdul Hadi menerusi ruangan Minda Presiden PAS pada Rabu lalu yang antara lain mendakwa kerajaan, khususnya PH, bersikap munafik dengan mengguna pakai konsep demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Hamas di Palestin.

Hadi membandingkan PKR dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menurutnya sebuah kumpulan minoriti yang diberi hak menubuhkan kerajaan dan menjadi boneka Israel dan Amerika Syarikat.

Menyanggah dakwaan itu, Kamil mengingatkan bahawa PH – di mana PKR adalah salah satu komponennya – adalah blok yang memenangi kerusi paling banyak dalam PRU15.-9/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button