
Tidak benar….dakwaan ada beberapa bot tarik diri dari Global Sumud Flotila
Ketua Pegawai Eksekutif Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman menafikan ada beberapa buah bot yang menyertai misi Global Sumud Flotilla(GSF) terpaksa menarik diri sehingga menyebabkan rombakan besar perlu dilakukan.
Beliau menjelaskan apa yang berlaku adalah bot-bot berkenaan tidak dapat berlayar kerana rosak disabotaj.
“Indonesia pula tarik diri untuk beri ruang kepada delegasi lain sejak di Tunisia lagi,” katanya.
Muhammad Nadir beritahu demikian alam kenyataan di media social pada Sabtu.
Misi itu disertai 34 rakyat Malaysia.
Misi GSF itu kini berada di perairan antarabangsa berhampiran dengan Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum tiba di perairan Gaza hujung bulan ini.- 27/9/2025