Hai guys. Nak share travel ke Semporna. Trip kali ini ke Dayang Resort & Arcadia Beach Resort. Disebabkan sudah beberapa kali ke Semporna, boleh bandingkan harga ke Semporna agak meningkat berbanding sebelum ini.
Hari 1 :
Sampai di Airport Tawau awal pagi, terus ambil kereta sewa daripada I&U Car Rental (+60 16-822 3602) di Airport Tawau. Sudah menggunakan khidmat sewa kereta ini beberapa kali kerana amat berbaloi berbanding syarikat lain dan sangat mudah.
Terus gerak ke Bukit Parapat. Permandangan lautan dan bukit yang menghijau. Trek Yang tidak susah mengambil masa dalam 10-15minit sahaja mendaki.
Menunggu bot di Jeti Seafest untuk masuk ke Dayang Resort. Kereta sewa boleh parking di sekitar jeti. Jarak Dayang Resort hanya dalam 10 minit sahaja perjalanan.
Hari 2 :
Awal pagi check out Dayang Resort dan sertai Island hoping ke Bohey Dulang, Pulau Mantabuan & Sibuan.
Disebabkan pakej ke Bohey Dulang ini sudah mahal berbanding ke pulau-pulau lain, jadi keadaan di Bohey Dulang tidak sesak berbanding sebelum ini dengan pengunjung-pengunjung. Boleh tangkap gambar secara tenang & tidak berebut. Mendaki ke puncak mengambil masa dalan 20-30 minit.
Snorkeling di Pulau Mantabuan, cantik dan banyak ikan-ikan tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tak menentu, hanya singgah sementara ke Pulau Sibuan.
Pulang ke darat, check in Semporna Seaview Hotel berkonsepkan cabin kontena. Harga di Klook murah dalam RM165/malam.
Malam terjumpa kedai Dozo Nanyang Kopihouse. Boleh cuba Hor Ka Sai coffee. Sedap sangat. Interior kopihouse pun cantik. Pilihan makanan banyak & berpatutan.
Hari 3 :
Breakfast dahulu di kedai viral ala-ala kopitiam Cham Chuan Kee. Ada pelbagai pilihan roti
Seusai sarapan, terus ke Jeti Seafest pada pukul 10pagi menunggu bot untuk ke Arcadia Beach Resort. Jarak perjalanan mengambil masa dalam 45 minit ke Pulau Pandanan.
Hari 4.
Check out daripada Arcadia Beach Resort pada pukul 11 pagi. Terus singgah ke Dozo Nanyang Kopihouse untuk merasai coffee tersebut sebelum berangkat pulang ke semenanjung.
Review berkenaan Dayang Resort :
-Kami dapat harga dalam RM725 seorang semalam termasuk island hoping ke Bohey Dulang.
-Water chalet baru. Sangat cantik dan barang-barang masih agak baru.
-Untuk permandangan yang sangat memukau, boleh request bilik no 5 di hujung sekali.
-Boleh terjun terus ke laut dari balkoni bilik.
-Air di dalam bilik air sangat laju.
-Bilik aircond & elektrik 24 jam.
-Staf sangat ramah.
-Harga standard seperti water chalet yang lain.
-Kekurangan dari segi pilihan makanan yang tidak pelbagai walaupun dihidangkan secara buffet.
-Cadangan untuk menginap di water chalet berbeza jika merancang untuk tidur lebih 1 malam.
Review berkenaan Arcadia Beach Resort :
-Resort sangat baru dalam setahun seperti private island.
-Cuba untuk cari review tetapi agak kurang pada awalnya.
-Harga kami dapat dalam RM663 seorang semalam (seaview room) semalam termasuk makan 3-4 kali sehari.
-Untuk bilik garden view, murah RM50 seorang semalam.
-Pilihlah bilik seaview ground floor sebab ada direct access ke tepi pantai dan menghadap sunrise.
-Bilik sangat luas dan sangat cantik berkonsepkan white modern. Air laju, aircond & elektrik 24jam.
-fasiliti banyak seperti infinity swimming pool, common area untuk karaoke, port tangkap gambar banyak.
-Staf sangat baik dan service terbaik seperti resort 5 bintang.
-Pilihan makanan yang banyak. Makan malam disediakan juga seafood bakar yang disediakan oleh staf hotel. Cuaca baik, staf hotel sediakan meja ala-ala candle light dinner di tepi infinity pool walaupun tidak diminta (maybe semasa kami hanya ada 10 orang sahaja visitor).
-banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti snorkeling, diving, sunset cruise etc.
-Jika ada rezeki lagi, saya akan ke sini lagi. Harga seperti water chalet yang lain, tetapi service, makanan & fasiliti sangat terbaik berbanding water chalet yang pernah saya pergi (kecuali Sipadan Kapalai, itu level lain