Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
PM terima undangan sampaikan syarahan di Universiti Oxford - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / PM terima undangan sampaikan syarahan di Universiti Oxford

PM terima undangan sampaikan syarahan di Universiti Oxford

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima undangan daripada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) bagi mengadakan lawatan serta menyampaikan syarahan di Universiti Oxford pada masa yang bersesuaian.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata undangan itu diterima beliau hari ini semasa menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pemegang Amanah OCIS di Putrajaya.

Jelas Perdana Menteri, delegasi itu terdiri daripada bekas Presiden Turkiye Dr Abdullah Gul, bekas Perdana Menteri Kuwait Sheikh Dr Mohammed Al-Sabah, Pengarah OCIS Dr Farhan Nizami dan Felo OCIS Datuk Dr Afifi al-Akiti.

“Kami bertukar pandangan terkait perkembangan hal ehwal ekonomi dan hubungan antarabangsa dunia Islam khususnya dalam memupuk dialog antara dunia Islam dan Barat di samping memperkukuh kefahaman mengenai ekonomi dan pasaran Islam,” katanya.-30/9/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *