TAHUKAH ANDA

Jemputan Trump keputusan bersama ASEAN – Zahid

Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara hujung bulan ini bukan keputusan eksklusif Malaysia sebagai tuan rumah, sebaliknya konsensus semua negara anggota, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, jemputan dibuat secara rasional, kerana Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, perlu menghormati keputusan sebulat suara daripada pemimpin–pemimpin ASEAN.

Malaysia kekal dengan pendirian tegas menentang sebarang campur tangan AS dalam isu Gaza dan Palestin.

“Mungkin ada ‘private member’s bill’ yang memperbahaskannya dan mereka boleh berbeza pendapat, namun kita juga harus menghormati keputusan yang dibuat oleh Sekretariat ASEAN, khususnya para pemimpin-pemimpin seluruh negara anggota.

“Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 kali ini, kita akan menerima Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran MARA (YPM) Peringkat Negeri Johor 2025.-6/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button