
Sindiran politk bawa padah…
Kata orang berani buat maka kena berani tanggong.
Seorang ketua cawangan PAS di Melaka berdepan waran tangkap selepas gagal hadir di Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur kerana kes memuat naik hantaran yang menghina.
Tertuduh menggunakan akaun Facebook عزمي حاجعزيز (Azmi Haji Aziz) memuat naik kartun yang diubah suai dikatakan berunsur penghinaan dan gangguan terhadap pihak lain dengan elemen politik jelas dalam kandungannya.
Dia berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) atau Akta 588 susulan memuat naik hantaran yang menghina.
Namun tertuduh dilaporkan gagal hadir di mahkamah tanpa alasan pagi Selasa.
Saman sudah diserahkan kepadanya pada 30 September lalu.
Tarikh sebutan semula kes untuk waran tersebut pada 6 November depan.- 7/10/2025