TAHUKAH ANDA

PM sampaikan taklimat Belanjawan MADANI 2026 kepada media

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan taklimat mengenai Belanjawan MADANI 2026 kepada pengamal media, tengah hari tadi.

Beliau memaklumkan Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan tetapi ia adalah cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang.

“Justeru, saya tegaskan media turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi serta agenda perubahan kerajaan kepada rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri berkata perincian lanjut akan dibentangkan pada Jumaat ini menerusi Belanjawan MADANI keempat, dengan menumpukan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.-8/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button