Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
LKIM akui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / LKIM akui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran

LKIM akui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran

SUNGAI PETANI – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengakui berlaku kenaikan harga ikan di pasaran tetapi tidak membimbangkan berikutan mempunyai stok bekalan mencukupi.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, kenaikan diantara 10 hingga 15 peratus itu dikesan berpunca daripada tindakan orang tengah yang semata-mata memikirkan keuntungan segera.

“Kita sedang berusaha memendekkan aliran rantaian penyaluran ikan kepada pengguna untuk menstabilkan harga bahan protein itu di pasaran.

“Masalah bekalan bukan punca utama kerana selain mempunyai stok penimbal kita sentiasa mendapat bekalan mencukupi dari rakan dagang selama ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Rahmah Mesra Madani, Sesi Libat Urus Bersama Nelayan Kuala Muda Pasar Bisik di sini hari ini.

Katanya orang tengah perlu ada sikap bertanggungjawab dan menghargai keringat nelayan yang bertungkus lumus dan bergadai nyawa di laut.

“Kita di LKIM sedang berusaha dan mengambil langkah untuk menstabilkan harga di pasaran menerusi konsep penubuhan pasar nelayan di semua 139 kawasan Persatuan Nelayan seluruh negara.

“Konsep ini akan membolehkan nelayan memasarkan terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah yang secara langsung akan menjadikan harganya rendah,” katanya.

Tambah Muhammad Faiz selain penubuhan pasar nelayan pihaknya juga mengambil langkah mewujudkan kedai runcit milik persatuan. – KOSMO! ONLINE-9/12/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *