YANG VIRAL

Anwar, isteri berkunjung ke kediaman Gobind rai Deepavali

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkunjung ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo untuk meraikan sempena Deepavali.

Perdana Menteri turut diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kunjungan itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

“Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya menerusi hantaran di X, hari ini.

Sementara itu, tinjauan TVS di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves yang menjadi lokasi tumpuan ketika perayaan Pesta Cahaya, menyaksikan ribuan penganut Hindu hadir ke situ awal pagi tadi.

Penganut berpakaian tradisional berwarna terang dilihat membawa persembahan bunga, buah dan susu sebagai tanda kesyukuran serta doa untuk kesejahteraan keluarga.

Kemeriahan itu turut mendapat tumpuan daripada pelancong-pelancong asing yang hadir ke kuil itu bagi menyaksikan penganut-penganut menjalankan upacara keagamaan.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Perayaan Deepavali disambut di seluruh negara hari ini dengan kediaman-kediaman dihiasi dengan kolam berwarna-warni dan nyalaan pelita.

Kunjungan sanak saudara dan sahabat handai pelbagai kaum menzahirkan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.-21/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button