Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Taqiuddin tawar diri jadi timbalan ketua Pemuda Amanah - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Taqiuddin tawar diri jadi timbalan ketua Pemuda Amanah

Taqiuddin tawar diri jadi timbalan ketua Pemuda Amanah

Ketua Pemuda Amanah Johor, Taqiuddin Cheman, hari ini menawarkan diri untuk dipilih sebagai calon timbalan ketua Pemuda Amanah nasional.

Dalam kenyataan dibuatnya hari ini, Taqiuddin berkata dia membuat keputusan itu selepas mendapatkan pandangan rakan-rakannya di seluruh negara.

Katanya dia juga meneliti gagasan Arah Baru Pemuda yang dibawa salah satu calon ketua sayap Amanah ketika ini dan berpendapat wajar untuk menyertai gerakan tersebut.

“Setelah meneliti dengan cermat tujuh teras Arah Baru Pemuda, berbincang dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan daripada seluruh negara, maka saya mengambil keputusan untuk bersama gerakan tersebut.

“Justeru hari ini saya menawarkan diri untuk dipilih sebagai timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional,” katanya.

Amanah akan mengadakan kovensyen tahunannya di Klang, Selangor pada 23 dan 24 Dis ini. Sebelum itu Pemuda Amanah akan bersidang pada 16 Dis dan mengadakan pemilihan.

Pemilihan kali ini menarik perhatian apabila tiga nama sudah menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua iaitu penyandang yang juga anggota Dewan Negara, Hasbie Muda; Exco Pemuda Amanah Nasional merangkap Ketua Komunikasi Amanah Perak, Azhar Rahman; dan Ketua Pemuda Amanah Selangor yang juga Adun Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Gagasan Arah Baru Pemuda kini digerakkan Azhar.-9/12/2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *