FOKUS

Awas berita palsu guna nama PM ini…

‘Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US’…itu satu tajuk berita yang berlegar di laman facebook.

Bunyinya memang sensasi habis dalam konteks semasa.

Ini kerana adanya polimek mengenai isu perjanjian timbal balik perdagangan antara Malaysia dengan Amerika yang ringkasnya disebut ART.

Malah lebih hebat untuk menguatkan lagi al-kisahnya maka logo portal berita Utusan disertakan dalam posting berkenaan.

Cuma untuk makluman…jangan percaya dengan posting itu kerana ia sah berita palsu.

Perdana Menteri tidak ada buat sebarang kenyataan seumpama itu.

Sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerus kekal mempertahankan perjanjian yang ditandatangani semasa kehadiran Presiden Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini.

Sebilangan pihak termasuk pembangkang berusaha menyebarkan dakwaan konon kerajaan ‘jual’ kebebasan dan kemerdekaan negara kepada Amerika.

Selari dengan usaha itu maka tidak menghairankan jika ada pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai perjanjian berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyatan hari ini memaklumkan ia sedang menyiasat seorang individu yang disyaki memuat naik berita palsu itu di laman facebook mendakwa Anwar mengakui terdapat banyak kelemahan dalam perjanjian ART.

Katanya suspek berkenaan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka hari ini dan telefon bimbitnya turut dirampas.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC menasihatkan orangramai semak kesahihan maklumat sebelum kongsi di media sosial.- 6/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button