TAHUKAH ANDA

Tumpuan kes suap dan ubah wang haram Muhyiddin di mahkamah hari ini

Tumpuan kes suapan dan pengubahan wang haram Muhyiddin di mahkamah hari ini

Sebutan kes bagi empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula hari ini.

Sebutan kes ditetapkan selepas bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu gagal menggugurkan ketujuh-tujuh pertuduhan ke atasnya dan 30 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Ini susulan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dihantar pasukan peguam Muhyiddin yang diketuai Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk menggugurkan semua tujuh tuduhan itu pada 19 Ogos lalu.

Tarikh sebutan ditetapkan hakim, K Muniandy bagi membolehkan pendakwaan dan pembelaan menyelaraskan dokumen dan pernyataan saksi sebelum perbicaraan penuh dijalankan dengan kehadiran Ahli Parlimen Pagoh dikecualikan.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan empat tuduhan terhadap Muhyiddin atas alasan ia kabur dan tidak berasas, bagaimanapun pada 28 Februari lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan pertuduhan dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Pada 4 April lalu, Muhyiddin memohon kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atas alasan itu membabitkan isu undang-undang yang kompleks dan berkepentingan awam.-10/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button