FOKUS

KEMASKINI: Kes kematian pempengaruh Taiwan : Namewee dibebaskan Khamis hingga 26 November…

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus beritahu penyanyi rap Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang telah ditahan reman bagi bantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu dibebaskan hari ini Khamis sehingga 26 November ini.

Katanya pembebasan itu sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa diperoleh.

“Kertas siasatan akan dirujuk semula kepada Pejabat Pendakwaan selepas laporan bedah siasat diterima,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dilaporkan media memberitahu Namawee akan dibebaskan hari ini selepas meneliti kertas siasatan, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada bukti menunjukkan lelaki berusia 42 tahun itu terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Namun, katanya, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.

Namewee sebelum ini direman selama enam hari bermula 5 November, sebelum tempoh remannya disambung tiga hari lagi sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan awal, polis memaklumkan Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa, dan mereka dilaporkan pernah bersama ketika berada di luar negara sebelum kejadian berlaku.

Yun Hsin, 33, ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada 22 Oktober lalu.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun kemudiannya disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas polis mendapati Namewee merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa sebelum kematiannya.- 13/11/2025



Kes kematian pempengaruh Taiwan…Namawee dibebaskan dengan jaminan polis

Namawee…penyanyi rap berasal dari Muar,Johor yang kontrovesial boleh menarik nafas lega.Siasatan setakat ini tidak dapat mengaitkan dirinya dengan kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar beritahu media pada Rabu oleh itu dia akan dibebaskan dengan jaminan polis esok,Khamis.

Namawee,42 yang dikatakan orang terakhir bersama Yun Hsin,33 ditahan reman bermula 5 hingga 13 November bagi membantu siasatan.

Dia menyerah diri di ibupejabat polis daerah Dang Wangi,Kuala Lumpur pada 5 November lalu dan telah direman sejak itu.

Mohd Dasuki kata “arahan-arahan telah diberikan untuk siasatan lanjut dijalankan dlm kes ini. Setakat ini tidak ada bukti-bukti yang boleh menunjukkan bahawa suspek terlibat dalam menyebabkan kematian si mati.

“Namun, jika ada sebarang penemuan baru hasil dari siasatan lanjut yang akan dijalankan, AGC akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Esok suspek akan dilepaskan dengan jaminan polis.”

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.- 12/11/2025

Kematian pempengaruh Taiwan: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa

Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee, yang kini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dipercayai mempunyai “hubungan istimewa” dengan mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan mendapati Namewee telah bersama wanita itu sejak dari luar negara sehingga kedua-duanya berada di negara ini.

“Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

“Kita juga telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di ibu negara hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan toksikologi mangsa yang dijangka mengambil sedikit masa.

Fadil berkata mayat wanita itu juga masih belum dituntut oleh keluarganya.

“Ada individu cuba menuntut (mayat) tetapi kita tidak benarkan kerana tiada keizinan. Jadi kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan penyanyi rap berkenaan dibenarkan disambung reman tiga hari hari hingga Khamis ini selepas reman pada 5 Nov lepas berakhir semalam.

Mangsa iaitu Hsieh Yun Hsin, 33 tahun ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

  • Bernama -11/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button