TAHUKAH ANDA

Perikatan Nasional letak 41 calon untuk PRU Sabah

Berentap sakan… Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai 41 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU) Sabah kali ini.

Lebih 90 peratus daripada calon yang diketengahkan kali ini merupakan muka baharu, menggambarkan komitmen PN untuk menawarkan kepimpinan segar dan berwibawa bagi memperjuangkan suara rakyat Sabah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, barisan calon berkenaan melibatkan 33 calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lima dari PAS dan tiga lagi dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Katanya, walaupun rata-rata muka baru, namun semua calon mempunyai rekod yang baik dan cemerlang dari segi profession selain sebahagian besar mereka merupakan masih muda

“Semua calon telah melalui dan lulus proses saringan yang kita fikir penting untuk menentukan sama ada layak atau tidak.

“Calon-calon ini terdiri daripada 33 Bersatu, lima daripada PAS dan tiga daripada Gerakan. Semua calon akan menggunakan simbol Perikatan Nasional,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon-Calon PN Sabah, di Pusat Komersial dan Antarabangsa (ITCC), di sini, hari ini.

Menurutnya, PN yakin jumlah kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah kali ini adalah mencukupi dan munasabah untuk membentuk kerajaan.

Katanya, keputusan mengenai jumlah kerusi yang dipertaruhkan dibuat selepas melalui proses penelitian menyeluruh terhadap semua kawasan yang akan ditandingi.

“Kami merasakan jumlah ini sudah lebih daripada mencukupi untuk membolehkan kami membentuk kerajaan sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

“Kami telah meneliti secara mendalam setiap DUN yang akan ditandingi, dan inilah jumlah yang kami anggap munasabah serta praktikal,” katanya.

Muhyiddin berkata, PN percaya gabungan pengalaman dan semangat baharu ini akan memberikan kelebihan dalam menawarkan kepimpinan yang stabil dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat Sabah.-12/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button