FOKUS

Timbalan Ketua UMNO Sabah tarik diri tanding pilihanraya negeri….

Dicelah kehangatan menjelang Pilihanrara Negeri Sabah (PRN) tiba tiba timbul kejutan bila Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan menarik diri daripada bertanding.

Maka berlegarlah pelbagai spekulasi terhadap langkah itu.

Mereka yang arif tentang politik Sabah cukup tahu bekas menteri persekutuan itu merupakan salah satu faktor penting dalam arina politik di negeri itu.

Semasa pengumuman calon Barisan Nasional oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Bung Moktar Radin kelmarin beliau dinamakan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

Berikutan penarikan dirinya maka calon kerusi Tempasuk kini ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azwan Norjan.

Bung Mokthar yang mengesahkan perkembangan ini meminta wartawan tanya sendiri Abdul Rahman sebab beliau buat keputusan tarik diri.

Kerusi Tempasuk kini disandang oleh Arsat Bistari, yang memenangi kerusi itu di bawah tiket BN-Umno pada 2020. Dia bagaimanapun kemudiannya menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS sebelum ini menamakan Arsat sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu.

Penamaan calon pilihanraya negeri Sabah ialah pada pada 15 November manakala pembuangan undi pada 29 November.

Sementara itu menerusi laman facebooknya Abdul Rahman menjelaskan mengenai keputusan tarik diri.

Antara lain beliau kata ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti UMNO di DUN Tempasuk.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya telah memaklumkan kepada Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, mengenai hasrat saya untuk tidak meneruskan pencalonan saya untuk DUN Tempasuk.

Saya telah memberitahu YAB Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti UMNO di DUN Tempasuk.

Saya telah bertanding tiga kali di parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022). Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, UMNO tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi parlimen.

Saya percaya anak tempatan dari UMNO Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang.

Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti dan YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sendiri yang telah mengumumkan pencalonan saya pada 9hb November yang lalu.

Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong UMNO di DUN Tempasuk atas sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Sekian.” – 12/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button