Anwar kata kerajaan Madani hormati mesej jelas rakyat Sabah menerusi keputusan PRN ke 17
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ulasannya mengenai keputusan pilihanraya negeri Sabah yang menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memang dan Datuk Seri Hajiji Noor kembali sebagai Ketua Menteri kata Kerajaan MADANI menghormati sepenuhnya mesej tegas dan jelas yang telah dilontarkan para pengundi di Sabah.
Katanya keputusan itu jelas mencerminkan kehendak rakyat Sabah yang menuntut perubahan selepas sekian lama berdepan ketidakadilan dan pengabaian, baik daripada parti dari Semenanjung mahupun Sabah sendiri.
Menerusi kenyataan di laman facebooknya,Perdana Menteri kata ,”Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu pembentukan Kerajaan Negeri.
“Kerajaan MADANI menghormati sepenuhnya mesej tegas dan jelas yang telah dilontarkan para pengundi di Sabah, bahawa mereka menuntut perubahan yang nyata setelah sekian lama dihadapkan dengan ketidakadilan dan pengabaian oleh hampir semua parti samada dari Semenanjung mahupun Sabah sendiri.
“Alhamdulillah, dalam tiga tahun yang lalu, kami berusaha merungkai setiap isu yang diwarisi, termasuk soal tuntutan dan hak yang menyentuh kepentingan Sabah. Dalam tempoh singkat ini, beberapa kemajuan yang nyata telah dicapai berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus konsisten di jalur pembaharuan ini sebagai usaha dan upaya kita melahirkan sebuah Sabah yang adil, saksama, makmur dan tidak lagi dipinggirkan. Suara rakyat Sabah adalah amanah yang mesti kita junjung dengan sikap pertanggungjawaban yang tinggi.” – 30/11/2025
Anwar-Hajiji…dicelah kehangatan…biarlah gambar bicara
Ada ketikanya kata orang biarlah gambar yang bicara ibarat kata kata Inggeris ‘a picture paints a thousand words’.Begitulah halnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Kedua mereka jelas nampak mesra seperti biasa ketika hadir bersama di acara kempen pilihanraya negeri Sabah yang sedang rancak berlangsung sekarang.
Anwar yang baru pulang dari lawatan ke tiga negara Afrika – Etophia,Afrika Selatan dan Kenya pagi Selasa terus ligat turun berkempen sejak tiba di Sabah Rabu malam.
Beliau hadiri Program Ceramah PMX Sayang Sabah di Dewan Terbuka Merotai, malam tadi.

Hari ini Anwar dan Hajiji juga Pengerusi GRS, hadir acara temu rapat dengan pemimpin masyarakat tempatan dan sahabat usahawan Tuaran di Dewan Kebudayaan Bajau Samah, Sulaman.
Selesai program itu Perdana Menteri yang juga Presiden PKR bersama Hajiji sempat singgah di Gerai Lokan dan Kelapa Bakar di Kampung Salut.
Selain minum bersama di situ mereka juga menziarahi para peniaga, menyapa masyarakat, dan mendengar sendiri denyut nadi kehidupan mereka.
Apa yang pasti ramai yang teropong setiap angkah dan gerak geri kedua pemimpin ini.
Senario ini sudah biasa bila timbul sikit suasana agak hangat dalam suhu politik.
Kalau selak balik…negara baru saja dikejutkan dengan isu perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri,Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Suasana politik dihangatkan lagi dengan laporan di media sosial,portal berita dan media arus perdana mengenai dakwaan ahli perniagaan Albert Tei yang cuba mengaitkan Perdana Menteri dan parti GRS pimpinan Ketua Menteri Sabah itu.
Ada kalangan pemerhati kata kalau ikut lojik akal jika wujud seperti apa yang didakwa Albert Tei mana mungkin mereka boleh duduk bersama dalam suasana cukup erat untuk hadapi pilihanraya negeri.- 27/11/2025



