FOKUSUncategorized

Rombakan kabinet: Johari Ghani ganti Tengku Zafrul Menteri MITI…Akmal Nasir ganti Rafizi Menteri Ekonomi

Datuk Seri Anwar Ibrahim petang Selasa umum rombakan kabinet yang antara lain menyaksikan Datuk Seri Johari Ghani dilantik jadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan dan Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi.

Johari Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden UMNO yang sebelum ini Menteri Perladangan dan Komoditi ambilalih tempat Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz yang tamat tempoh Senator.

Manakala Akmal Nasir Ahli Parlimen PKR Johor Bharu pula naik pangkat dari Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air jadi menteri penuh dan isi kekosongan ekoran perletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli.

Jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang sebelum ini disandang oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang letak jawatan bersama Rafizi ekoran isu pemilihan jawatan PKR digantikan pemimpin dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga komponen BN, Arthur Joseph Kurup.

Arthur sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Anak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yakni Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Hannah Yeoh yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan bertukar jadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Ketua Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad yang sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat naik pangkat jadi menteri penuh sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi ganti tempat Johari Ghani.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Seri R. Ramanan yang sebelum ini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi naik pangkat sebagai Menteri Sumber Manusia.

Beliau ganti tempat Steven Sim yang bertukar jadi Menteri Usahawan dan Koperasi.

Ahli Parlimen PKR Sepanggar dan Pengerusi PKR ,Sabah Mustafa Sakmud dilantik jadi Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Mereka yang digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh menggantikan Dr Zaliha manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hassan dinaikkan menjadi menteri penuh menggantikan Mohd Na’im.

Dalam jawatan Timbalan Menteri….anak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yakni Hanifah Hajar Taib bertukar dari Timbalan Menteri Ekonomi ke Timbalan Menteri Kesihatan.

Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin bertukar jadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ahli Parlimen Sarikei,Sarawak Huang Tiong Sii  bertukar dari Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam jadi Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Ahli Parlimen Batu Sapi ,Khairul Firdaus Akbar Khan  bertukar dari Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya ke Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri,Johor ,Liew Chin Tong bertukar dari Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri bertukar jadi Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen BN Paya Besar,Pahang Mohd Shahar Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi.

Ahli Parlimen PKR Ledang,Johor Syed Ibrahim Syed Noh dilantik Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

BERIKUT IALAH SENARAI PENUH ANGGOTA KABINET:

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button