FOKUS

PANAS…YB Rara tengah meletop di Indonesia…dikait dengan Gabenor Jawa Barat yang popular

Tolak sebelah siapa saja…tahukah anda orang Malaysia yang paling hot di Indonesia saat ini ialah Young Syefura Othman yakni Ahli Parlimen DAP kawasan Bentong,Pahang.

Lebih dikenali sebagai ‘Rara’ yang berusia 36 tahun nama beliau tiba-tiba meletop habis di sana.

Ini berlaku sejak beliau bersama beberapa anggota keluarga dan para pegawai pejabat wakil rakyatnya membuat lawatan ke rumah Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi pada 11 Disember baru ini.

Siapa sangka apa yang sepatutnya lawatan tidak rasmi untuk kenal mesra bertukar menjadi isu sensasi apabila media,netizen dan youtuber Indonesia cuba ‘menjodohkan’ mereka.

Ini gara gara aksi mereka cukup mesra semasa acara di dewan rumah Dedi Mulyadi dinilai romantis.

Begitu juga halnya senario semasa mereka berjalan berdua dalam hujan gerimis di kawasan sawah dekat rumah gabenor itu.

Kebetulan mereka adalah berstatus duda dan janda.

Juga kebetulan kedua mereka pernah berkahwin dua kali.

Dedi Mulyadi 54 tahun atau dikenali ramai sebagai ‘Kang Dedi’ atau KDM kini adalah gabenor ( sama macam Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia) yang paling sempoi dan popular di Indonesia.

Beliau cukup sensasi dan terkenal kerana banyak membuat amal kebajikan khususnya sering menolong secara spontan orang miskin termasuk beri wang dan bantu mereka selesaikan masalah.

Malah kehadirannya di tengah khalayak ramai sering menjadi ‘ribut’ kerana orangramai berebut nak selfie serta bersalaman dengannya.

Perwatakannya yang tegas tetapi bersahaja dan suka berjenaka disenangi ramai orang.

Ikut cakap kalangan pemerhati beliau kini adalah salah seorang ahli politik yang ada potensi jadi Presiden Indonesia di masa depan.

Beliau sebelum ini ialah Ketua Daerah atau disebut di Indonesia sebagai Bupati kawasan Purwakarta di Jawa Barat selama dua penggal dari 2008 hingga 2018.

Dedi Mulyadi menang jawatan Gabenor Jawa Barat dalam pemilihan jawatan itu untuk tempoh 2025 hingga 2030.

Jumlah penduduk wilayah Jawa Barat sahaja yang mana pusat pentabiran terletak di Bandung ialah 48 juta orang yakni jauh melebihi penduduk satu Malaysia.

Beliau juga cukup popular di media sosial.

Di facebook followernya 14 juta manakala di Tik Tok 10.6 juta ,di Youtube pula 8.6 juta dan 6 juta di Instagram.

Kini sudah seminggu berlalu sejak mereka bertemu di ‘Lembur Pakuan’ yakni nama rumah Dedi Mulyadi terletak di Subang, 69 kilomiter dari kota Bandung.

Namun hari ke hari ada sahaja bahan baru di media sosial khususnya Youtube yang sorot kisah mereka berdua yang tarik banyak bacaan dan tontonan.

Malah segala latar belakang dan kisah Rara termasuk aktiviti wakil rakyat dan perbahasan di parlimen dikorek untuk jadi bahan sensasi.

Rata-rata media sosial Indonesia gambarkan mereka berdua boleh jadi pasangan yang cocok.

Namun dicelah ini semua baik Dedi Mulyadi maupun Rara setakat ini tidak beri sebarang komentar terhadap ‘hu ha’ pasal mereka.

Antara perbualan mereka berdua semasa bertemu tempoh hari yang telah curi perhatian ramai ialah gabenor itu secara berjenaka tanya Rara adakah ingin terus menetap di Jawa Barat.

Juga Dedi Mulyadi usik bolehkah beliau ‘hantar rombongan’ ke Malaysia.

Tidak kurang menarik ialah sebilangan lagu pasal mereka telah dicipta khas oleh Youtuber untuk panaskan al-kisah mengenai hubungan mereka.- 17/12/2025

BERIKUT ANTARA LINK YOUTUBE DARI ‘KANG DEDI MULYADI CHANNEL’….DAN SEBILANGAN DARI PULUHAN CHANNEL LAIN YANG LAPOR PASAL MEREKA :

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button