YANG VIRAL

Kerajaan MADANI tegas benteras rasuah libatkan kawan atau lawan

Kerajaan MADANI tetap dengan pendirian tegas tidak akan bertolak ansur terhadap amalan rasuah sama ada melibatkan rakan atau lawan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembanterasan rasuah kekal sebagai teras utama pentadbiran kerajaan walaupun masih wujud saki-baki budaya lama yang menjejaskan sistem tadbir urus negara.

“Meskipun kerajaan MADANI telah menegaskan bahawa di antara dasar-dasar utamanya adalah menekankan isu tatakelola menghapuskan amalan rasuah dan kebejatan, namun masih ada saki-baki yang terperangkap dengan kerangka dan pola budaya lama yang binasa.

“Kita tidak akan bertolak ansur, tidak akan menerima apa-apa ugutan dari mana-mana pihak dan kita akan tegas menghadapi masalah ini sama ada kawan atau lawan.

“Beberapa tindakan telah diambil yang melibatkan juga anggota pentadbiran termasuk di pejabat saya, rakan-rakan dari parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, pembangkang, pimpinan utama angkatan tentera dan penjawat awam,” katanya.

Jelas beliau, ketegasan kerajaan adalah bagi memastikan dana negara digunakan secara wajar dan berintegriti demi kepentingan rakyat serta kelangsungan negara.

Katanya, perkara itu antara isu utama yang dibincangkan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Pasir Pelangi, Johor.

Beliau memaklumkan, perbincangan tertumpu kepada langkah tegas kerajaan membanteras rasuah yang menular di peringkat atasan.-31/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button