TAHUKAH ANDA

Fahmi ucap takziah atas pemergian Isma Aliff

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Mohd Latiff Ismail yang meninggal dunia hari ini.

Beliau berkata pemergian allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Isma Aliff, merupakan satu kehilangan besar kepada industri hiburan tanah air.

“Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan negara. Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Saya turut bersedih menerima berita pemergian saudara Mohd Latiff Ismail atau lebih dikenali sebagai Isma Aliff, penyanyi dan pelakon popular era 80-an, hari ini.”

“Semoga keluarga Allahyarham Isma sabar dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah,” tulis Fahmi.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Latiff, 62, menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.30 pagi di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh adiknya, Shamsidah Ismail, 60.-8/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button