
Program unsur LGBT “Glamping With Pride” dibatalkan…
Panganjuran program berunsur LGBT “Glamping With Pride” di Hulu Langat Selangor pada 17 dan 18 Januari yang cetuskan bantahan telah dibatalkan.
Sebelum ini antara lain,Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri menentang program seumpama itu dan meminta pihak berkuasa tidak benarkan.
NGO yang dikenali sebagai Jejaka yang menganjur program itu memberitahu menerusi satu kenyataan ia telah dibatalkan.
Ia beri alasan pemilik tapak telah batalkan tempahan.- 13/1/2025
Pendirian tegas Sultan Selangor terhadap penganjuran sebarang aktiviti sonsang berkaitan LGBT di Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menentang sebarang aktiviti songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di anjurkan di negeri itu seperti program “Glamping with Pride” yang akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2026 di Hulu Langat.
Baginda meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menghalang dan tidak mengeluarkan sebarang permit bagi penganjuran program terkait dengan komuniti LGBT.
Dalam kenyataan media, Sultan Selangor, pada hari ini, 12 Januari 2026, telah menitahkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin dan Mufti Selangor Datuk Anhar Opir untuk menghadap Baginda di Istana Bukit Kayangan bagi menyatakan pendirian tegas Baginda berhubung dengan penganjuran “Glamping with Pride”.
Tegas Baginda, walaupun perbuatan tersebut melibatkan dosa individu dengan Allah SWT yang melangkaui batas fitrah, namun perbuatan ini boleh mengundang kemurkaan serta laknat daripada Allah SWT ke atas Negeri Selangor.
Di samping itu juga, Baginda tidak berkenan sebarang penubuhan persatuan, kelab, pertubuhan dan NGO yang berkaitan dengan LGBT di Negeri Selangor.
Selaras dengan titah Sultan Selangor, MAIS dan Mufti Selangor turut menyuarakan bantahan dan tentangan terhadap sebarang bentuk penganjuran aktiviti sambutan atau promosi gaya hidup songsang LGBT dalam mana-mana daerah di Negeri Selangor.
“MAIS dan Mufti Selangor menegaskan bahawa agama Islam telah mengharamkan amalan songsang LGBT yang mempunyai persamaaan dengan perbuatan liwat kaum Nabi Luth A.S. Perbuatan ini adalah perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT dan telah menimpakan azab ke atas kaum Nabi Luth A.S atas perbuatan tersebut. Ini adalah berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 84 yang bermaksud: “Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan”.
“Perbuatan liwat kaum Nabi Luth A.S. yang turut diamalkan oleh kumpulan LGBT ini adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar dan perbuatan tersebut lebih hina berbanding dengan kesalahan zina”.- 12/1/2026



